Wednesday, December 22, 2010

10 Sikap Buruk Manusia Yang

Dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
—————————-
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan
ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
———————
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,
fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
———————–
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,
mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
—————-
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
———————
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun
banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari
membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
———————
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
——————-
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
———————–
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
———————————-
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
———————————–
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang
dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

* Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk
dalam kategori melakukan dosa besar.

Monday, November 29, 2010

12 PERKAITAN AURAT WANITA DALAM ISLAM


1. Bulu kening - Menurut Bukhari , Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…


.3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5 . Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7 Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9 . Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

sedikit perkongsian dari ana, setelah menjejakkan kaki ke O&G posting... wallahua'lam..

Sunday, November 7, 2010

watak nafsu...

sebenarnya, hari ini sedang ana mengemas buku ana, terjumpa pula buku catatan
yang hampir2 lusuh dan penuh dengan tulisan yg comot. maka ana membaca buku ana tersebut, mana tau ada input2 yg boleh disalin kembali ke dalam buku yg baru.

ana terjumpa beberapa watak nafsu, yg mana mungkin ana menyalinnya dari mana2 kuliah agama yg pernah dihadiri. antaranya adalah:

1) berasa aman
2) suka berlengah-lengah
3) bersuka-suka
4) malas

...dan nafsu ini dapat diperangi dengan taat & riadhah (latihan rohani).
antara 'riadhah' yang dapat dilakukan adalah:

1) mengurangi tidur
2) mengurangi makan
3) mengurangi cakap
4) menahan kepedihan daripada makhluk

dan antara jihad paling utama yang perlu dilakukan adalah melawan hawa nafsu.
wallahu a'lam.

Wednesday, November 3, 2010

Bagaimana menjadi seorang yang berkeyakinan?

Tips Untuk Yakin:

1.Senarai bakat yang dimiliki atau apa-apa yang anda bagus. Menumpukan pada kelebihan anda akan mengurangkan masa anda memikirkan mengenai kelemahan diri yang seterusnya buat anda rasa tidak selesa dan yakin.

2.Kenalpasti minat anda. Apa-apa saja daripada muzik, seni pertahanan diri, sukan, melukis, menulis, menyanyi, sesuatu yang boleh buat anda rasa lebih yakin. Pertajamkan kemahiran anda.

3.Cari seseorang yang boleh dicontohi. Samada yang dekat atau yang terkenal.Fikirkan kualiti yang dimiliki individu itu sama ada dari segi moral, pencapaian, sikap dan sebagainya. Berusaha melakukan ke arah itu.

4.Fokus terhadap orang lain. Tetapi bukannya yang negatif. Berikan sepenuh tumpuan kepada orang yang buat anda gembira.

5.Terima pujian dengan sebaiknya. Jangan beri respon negatif dan kata "Tak adalah!" sebaliknya ucap terima kasih atau senyum sahaja. Beritahu diri bahawa anda memang berhak terima pujian.

6. Tahu apa yang anda kata juga penting. Cakap dengan jelas, pandang tepat ke mata orang yang anda bercakap (jangan tenung), Jadi diri sendiri!

7.Jaga diri sendiri dengan sebaiknya. Ambil makanan berkhasiat. Jangan aniaya tubuh badan sendiri. Sayangi diri anda. jangan buat apa-apa berlebihan. Bersihkan diri, gosok gigi dan cuci muka dengan kerap.

8.Bersenam. Jika anda cergas dan kuat, anda akan lebih berkeyakinan. Jadi setiap hari lakukan satu aktiviti senaman. Misalnya berjalan 20 minit sehari, berjoging, bermain badminton dll.

9.Pertahankan diri sendiri. Usah biar orang lain merendah-rendahkan anda. Percaya yang apa yang anda kata tentang diri anda sesuatu yang benar dan tepat. Kata apa yang patut.

10.Perbaiki postur badan. Tegakkan badan semasa berdiri, jangan kelihatan lemah atau malas.

11. Berjalan dengan bergaya sedikit.

12.Berlakon yakin walaupun anda tidak rasa begitu. Lama-lama ia akan jadi sebahagian daripada diri anda. Terima diri seadanya dan bergembira dengan apa yang anda miliki.

Wednesday, October 20, 2010

Mujahadah mencari Redha Allah


2969

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Orang-orang yang berjihad disebut Mujahid. Seorang Mujahid akan sentiasa mujahadah. Mujahadah ertinya bersungguh-sungguh, berazam, berusaha sehabis baik dengan mengerahkan seluruh potensiyang ada. Ia mudah disebut tapi tak mudah direalisasikan. Kerana itulah orang-orang yang berjihad benar-benar akan diberikan petunjuk oleh Allah atas kesungguhan dan keazaman yang dibuktikan denganamal. Hanya orang-orang yang mujahadah dapat memahami erti kesabaran dan kesusahan. Tidak ada perjuangan tanpa mujahadah. Tidak ada mujahadah tanpa kesabaran.


Kita perlu bermujahadah dalam
melaksanakan perintah Allah, juga bermujahadah dalam meninggalkanlarangan-Nya. Apabila kita telah melaksanakan mujahadah yang benar, pasti kita akan diberikan petunjuk oleh Allah. Itulah janji Allah, Allah pasti bersama dengan orang-orang yang berbuat baik. Dalam kehidupan ini, terlalu banyak perkara yang memerlukan kita untuk memilih, dan jalan yang dibentangkan kepada kita tak semuanya enak dan mudah untuk dipilih. Di sinilah letaknya Hikmah mujahadah kerana dengannya ‘jalan-jalan’ akan dijadikan terang oleh Allah bagi kita.

Bukan satu jalan, bahkan dalam ayat tersebut menceritakan tentang ‘jalan-jalan’ yang tak disangka-sangka. Namun, jangan kita menyalahkan Allah tatkala jalan itu masih kabur bagi kita, kerana itu menjadi indikator akan mujahadah kita yang belum dimaksimumkan ke tahap yang paling optimal. Ertinya, kita perlu bermuhasabah diri kita dan meneruskan usaha mujahadah demi untuk mendapatkan petunjuk Allah.

Jadi, jika kita ingin melihat masa depan yang cerah, menyusur jalan-jalan dalam Hidayah Allah, mendapatkan penyelesaian bagi setiap permasalahan, KITA HARUS MUJAHADAH! Dan sesungguhnya Jihad yang paling besar itu ialah jihad melawan hawa nafsu. Jika kita tidak terus bersabar dalam jalan mujahadah, kita akan sentiasa teraba-raba mencari jalan yang terang untuk dilalui, sedangkan jalan itu tidak ditunjukkan oleh Allah. Namun jika kita tidak mengeluh, berusaha sepenuh hati, berazam secara total dan bertawakkal bulat kepada-Nya, pasti kita akan ditunjukkan jalan-jalan menuju kebahagiaan. Tidak ada jalan yang lebih membahagiakan daripada jalan menuju Tuhan…

Sunday, September 5, 2010

10 tabiat rosakkan otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,
paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan
menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas
atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit
'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu
penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan
manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan
bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa
tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak
kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak
menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding
oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan
keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada
sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak
kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang
aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh
menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

renung-renungkan..dan mesti beramal!

Wednesday, June 2, 2010


Datuk Dr. Fadzillah Kamsah- PETUA PELAJAR CEMERLANG

1. 95 % Pelajar mengaku tak cemerlang, sekadar sederhana.
Pelajar mengaku,yakin dan percaya diri tak cemerlang pasti tidak akan cemerlang.
Jadi, ubah pemikiran itu, anda adalah apa yang anda fikirkan.
Jangan percaya yang anda lemah, jangan sebut anda lemah, itu sebagai doa kepada diri sendiri.
Sedangkan Allah telah ciptakan ANDA SEBAGAI ORANG YANG BERJAYA!!

2. Manusia mempunyai dua bahagian otak.

Otak kanan- sastera (kreatif)- warna , gambar
Otak kiri-sains (logic)-diagram, hitam putih

Jadi gunakan kedua-dua bahagian otak supaya seimbang dan berimbang.
Gunakan kedua-dua belah anggota badan. Tangan kanan menulis nota, tangan kiri menunjuk ayat.


3. Merangsang semua deria.

10%- ingat hanya sekali baca.
20%- kita dengar, walaupun dengan teliti hanya dapat 20%.
50%- kita dengar, catat semasa pembelajaran
90%- ingat dan sebut kembali, buat kembali soalan lepas, kaedah output, peta minda, untuk uji setakat mana anda faham.

4. Jadilah pelajar aktif

Membaca guna jari telunjuk, menolong konsentrasi dan ingatan.
Terus buat nota, highlight, buat peta minda, selalu minum air masak.
Anda bagaimana? Adakah anda pelajar aktif?


5. Belajar banyak jam setiap hari.

Pelajar sekolah menengah perlu 2 ½ - 3 jam setiap hari
Pelajar IPT- 4-5 jam sehari, mulakan dari awal dengan tekun, lebih 20 jam seminggu. Tidak termasuk nota atau tugasan lain.
Belajar setiap hari, pada waktu yang sama.
Belajar dengan cara salah takkan membantu.

6. Persekitaran yang kondusif, selesa.

-Banyak warna hijau dan kuning
-pastikan cahaya yang terang.
-kurangkan gangguan bising.
-jangan iringi dengan musik, hanya merosakkan pemikiran, sesiapa yang belajar dengan musik tak berkat, tak akan ada pembelajaran yang berlaku.
-tampal ayat-ayat pendorong di tempat kita selalu nampak.
(usaha itu penting, tapi the bottom line, Allah tolong kita)
-ubahsuai menghadap kiblat, tingkap, kerana otak memerlukan 2 makanan, oksigen dan gula.
-sentiasa senyum, jangan stress sewaktu belajar.
-berbedak atau minyak wangi.


7. Tidak ponteng kelas dengan sengaja.

Amat sedikit pelajar yang ponteng kelas itu berjaya, ketinggalan ilmu.
Guru tidak berkati ilmunya, cari nota yang berkenaan dan minta maaf dari
guru.


8. Output learning

Melatih sel-sel otak untuk menghidupkan sel ingatan.
Bila membaca, cuba untuk ingat kembali, bila ingat maksudnya sel itu dan
berjaya disambung dan disimpan ke dalam otak. Lakarlah peta minda. Semak
kembali nota untuk tambah apa –apa makumat tambahan, kemudian ingat
apa yang anda lukis.

9. Rangsang kembali dan sentiasa motivasi diri.

Tulis perkara positif dalam diari.
Belajar berapa lama hari ini?
Apa doa aku hari ini?
Mudah seronok bila belajar. Berkawanlah dengan orang positif, Allah akan ingatkan kita supaya positif.
Doa, doa, doa tanpa henti. Semoga sentiasa bermotivasi.

10. Sentiasa awal dan mendahului.

Duduk di depan, banyak manfaatnya, duduk di baris depan, menjadi tumpuan guru, mudah dilihat guru, disayangi guru, diberkati guru.
Baca awal apa yang ingin guru ajarkan.


11. Baca doa penerang hati

Setiap kali memulakan kelas, bacalah Alam Nashroh.
Setiap kali nak belajar, nak peperiksaan, lepas solat.
Luangkan masa membaca yassin, Quran setiap malam.

12. Belajarlah dalam sesi yang pendek.

Setiap 20minit, rehat 2,3 minit. Minum air, senaman ringkas.

13. Ulang kaji awal apa yang telah diajar.

Ulangkaji sebelum 24 jam pada hari yang sama dan serta merta.


14. Petua-petua kuatkan ingatan, elakkan benda-benda yang memudaratkan otak.

- elak makan kepala ikan ( doa syifak sebelum makan)
- elak makan organ dalaman.
- Elak makanjeruk dan asam.
- Elak minum sewaktu makan, penghadaman terganggu.
- Belajar 2 jam selepas makan malam.
- Elakkan makanan atau minuman yang di cemari semut.
- Elakkan makan terlalu kenyang. 1/3 makanan. 1/3 minuman. 1/3 udara.
Perut kenyang, otak kosong-saidina Abu Bakar.
- jangan kencing berdiri.
- Melihat aurat sendiri atau orang lain.
- Jangan baca nama atau tulisan di batu nisan, kecuali bertujuan mencari ahli keluarga.
- Jangan lihat salib dan berhala.

Banyakkan makan;

- kekacang, badam. Soya.
- Gula, oksigen( air putih)
- kismis, kurma, madu.

15. Selalu gosokkan kepala.

- Usap kepala gunakan minyak, membantu otak untuk berfungsi dengan baik.

16. Riadah.
30 minit, 2-3 kali seminggu.
80% pelajar mengabaikan riadah. Akal yang cergas terbit dari jasad yang sihat.
Mengurangkan stress.

Cekap mengatur jadual waktu.

Disiplin dengan masa, isikan dengan rehat, main,duty.
Atur jadual supaya dapat ulangkaji pelajaran pada siang hari.
Baca subjek kritikal dulu, kemudian barulah baca yang di minati.

sifat-sifat yang cemerlang.

- jangan selekeh, cuai, tangguh kerja, jangan musnahkan masa depan.
- Taatlah kepada ALLAH.
- Solat 5 waktu, tambahkan yang sunat.
- Sentiasa bantu kawan. Allah akan bantu kita.


hormati ibu bapa

- doakan mereka, minta ampun untuk mereka.
- Redha Allah terletak pada redha mereka.

hormati guru

- mintalah restu, ucapkan terima kasihminta di halalkan ilmu, doakan guru