Wednesday, March 13, 2013

...SHADOWING HOUSEMAN...



…Bismillahirrahmanirrahim…


Alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi kesempatan dan peluang untuk menziarahi pesakit-pesakit di ward QEH1. Banyak perkara yang dipelajari di wad hari ini: transverse myelitis, Parkinson disease, atrial fibrillation, ECG, uncontrolled diabetes mellitus, cerebral vascular accident, SLE, haemolytic anemia, Southeast asia ovalocytosis dan macam-macam lagi. Sungguh ilmu Allah itu sangat luas! Subhanallah!




Katakanlah: "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula). (al-Kahfi,18:109)


Sebenarnya, hari ni ada sesuatu yang berlaku yang mengetuk pintu imanku! Tatkala diri ini sedang ‘clerk’ case daripada pesakit dan case note sesudah zohor, tiba-tiba, ternampak seorang lelaki berumur 50-an, berpakai t-shirt kemas, sopan, dan berbangsa cina atau mungkin sino, sambil memegang buku dan pen.


Terkesima diri ini tatkala melihat apa yang dilakukan oleh lelaki ini. Rupanya dia sedang mendoakan pesakit-pesakit kristian di wad, agar cepat sembuh, dan agar kembali kuat dan yakin dengan Jesus! mendengar ucapan daripada bibir lelaki ini: ‘…may God bless you..etc2’…


Wahai teman-teman seperjuanganku yang ku sayangi kerana Allah, sesungguhnya aku bukanlah orang yang layak untuk menyeru kepada kebaikan, kerana aku juga bukanlah sempurna, tetapi ingatlah seperti mana yang disebut dalam kalamullah :


‘Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik’. [ali-Imran : 110]



Maka, mari kita azamkan dalam diri dan niat untuk beramal, berdakwah dan menziarahi pesakit-pesakit di ward mulai hari ini. Dalam silibus medic tidak ditekankan ‘spiritual therapy’, dimana kita wajib solat, berdoa, dan minta pada Sang Pencipta yang Maha Menyembuhkan segala penyakit, tatkala susah atau senang, sihat mahupun sakit. Serulah para pesakit kalian tentang solat, dengan cara yang berhikmah. Solat tiang agama. Ingatlah wahai teman, tugas kita bukan hanya merawat, tetapi saling ingat mengingati antara satu sama lain.



'Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran' (al-Asr, 103 : 2-3).

Wallahu a’lam.


Tuesday, March 12, 2013

RAHSIA SURAH AL-KAUTHAR


...Bismillahirrahmanirrahim...




Al-Kauthar. Surah ini adalah yang terpendek, kerana hanya mengandungi 3 ayat. Diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi