Wednesday, August 14, 2013

8 HABITS

Bismillahhirrahmanirrahim

8 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE 
(Books written by Stephen R. Covey)


1. Be Proactive

2. Begin with end in mind

3. Put first thing first

4. Think win-win

5. Seek first to understand than to be understood

6. Synergize

7. Sharpen the saw (balance of spiritual, mental, social, emotional, and physical)

8. Finding your voice and help others find their's.

Further elaboration on every steps could be read in these books:

You can also read the summary of these books by clicking on the links below:
                                 
The 7 Habits of Highly Effective People - PDF

The 8th Habit From Effectiveness to Greatness - PDF








- SMILE -

Sunday, July 21, 2013

...ALLAH KNOWS...



When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows

And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.

Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.

Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows


By: Zain Bhika (Lyrics – Allah Knows)


Thursday, July 4, 2013

...HAWA...



Bismillahirrahmanirrahim





Hawa
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.



Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.


"Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki."




Tuesday, June 18, 2013

KISAH SEORANG RAJA YANG BIJAK

...Bismillahirrahmanirrahim...

Ada cerita best nak share, 
dan di 'copy paste' dari blog http://muntahpelangi.blogspot.com

hehe..selamat membaca :)



Alkisah, Raja Kamal mempunyai 13 putera yang membantunya dalam pentadbiran negara.Namun, 13 orang puteranya tidak bersatu hati kerana setiap mereka ingin  menjadi pewaris takhta. Dalam 13 puteranya, putera ke 2, Lakim, putera ke 4, Yusof and putera ke 8, Bija adalah calon-calon di hati Raja Kamal untuk mewarisi takhtanya.


Ketiga-tiga puteranya cerdik dan pandai berstrategi. Perkara yang Raja Kamal paling takutkan ialah mereka akan saling mencantas antara satu sama lain semata-mata untuk mewarisi takhta. Putera-puteranya yang lain terpecah kepada 3 kumpulan – yang menyokong Lakim, Yusof dan Bija.


2 tahun lepas, Raja Kamal telah mengumumkan anak keduanya Lakim. Ekoran itu, satu pergolakan politik berlaku di mana Lakim telah bertindak di luar batas dengan mencari kerjasama dengan negara jiran untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pewaris takhta.


Tindakan Lakim dibongkar oleh Yusof dan Bija secara bijak sehingga Raja Kamal mengetahuinya. Lakim akhirnya digugurkan sebagai pewaris takhta. Tiada putera yang mengambil kredit atas kegugurannya – perkara itu terjadi seperti Raja Kamal sendiri yang membongkar pengkhianatan Lakim.


Sekarang pertarungan hanya tinggal Yusof dan Bija. Yusof ialah putera yang kurang bercakap dan bercakap hanya perlu. Di depan Raja Kamal, Yusof tidak pernah menunjukkan sebarang hasrat untuk merebut pewaris takhta.


Bija pula lain. Bija seorang yang berani memuji musuh dan mengkritik orang sendiri asalkan kebenaran berpihak kepadanya. Kerana ketelusannya, Bija juga tidak pernah menyembunyi hasrat untuk menjadi pewaris takhta di depan Raja Kamal.


Satu hari, semasa persidangan mesyuarat kerajaan, Raja Kamal berkata beliau mendapat maklumat bahawa satu satu puteranya telah menggunakan wang kerajaan untuk menyogok para pembesar untuk meluaskan pengaruhnya untuk dilantik sebagai pewaris takhta.
Raja Kamal melantik Yusof dan Bija untuk mengetuai siasatan ini. Masa diberi adalah seminggu.


Seminggu berlalu, persidangan mesyuarat kerajaan diadakan semua untuk Yusof dan Bija mengumumkan hasil siasatan. “Tak perlu umum dulu. Nanti kamu berdua datang jumpa beta,” titah Raja Kamal.


Di bilik Raja Kamal, Yusof dan Bija datang menghadap.
“Bija, apa hasil siasatan kamu?” tanya Raja Kamal.


“Saya dah tanya ramai pembesar, mereka kata Yusof tak sogok mereka. Saya juga telah menyiasat secara rawak harta-harta para pembesar yang disyaki menyokong Yusof, saya tidak jumpa apa-apa. Jadi mungkin ada putera lain. Saya akan teruskan siasatan,” kata Bija.


Raja Kamal tidak berkata apa-apa ataupun kelihatan terkejut.
“Yusof, apa pula hasil siasatan kamu?” tanya Raja Kamal.


“Saya menyiasat akaun kerajaan dan projek-projek yang diluluskan untuk satu tahun yang lepas. Saya dapati ada projek yang dikurniakan kepada syarikat-syarikat milik keluarga para pembesar. Kebanyakan projek sedemikian diluluskan oleh abang Lakim. Itu sahaja hasil siasatan saya,” kata Yusof.


Bija terkejut, Yusof tidak menyiasatnya walaupun Raja Kamal dah bagitahu tujuan menyogok pembesar adalah untuk meluaskan pengaruh menjadi pewaris takhta.

“Mengapa? Apakah muslihat Yusof? Lakim dah pun kena hukum, mengapa tuding pada Lakim lagi,” bisik Bija di hati.

Raja Kamal tidak berkata apa-apa dan menyuruh Bija dan Yusof beredar.
Tidak lama selepas itu, Raja Kamal mengumumkan Yusof sebagai pewaris takhta.
Bija tidak memahami keputusan Raja Kamal lalu bertanya kepada ayahnya.

“Apa alasan untuk memilih Yusof? Apakah beliau lebih layak daripada saya?” tanya Bija.

“Sebenarnya beta sengaja berkata ada orang guna duit kerajaan untuk menyogok para pembesar untuk meluaskan pengaruh menjadi pewaris takhta untuk menguji kamu berdua. Bija bersifat ingin mencantas Yusof, dan telah buruk sangka pada Yusof dalam siasatan Bija. Bija walaupun adil, tapi dalam penyiasatan Bija, Bija hilang fokus kerana buruk sangka pada Yusof. Yusof pula menyiasat tanpa prejudis pada Bija, walaupun dia tahu Bija saingan terhebatnya.


Seorang bakal raja perlu memahami air yang kotor tidak perlu dibuang. Ia boleh dijadikan sebagai air untuk menyiram pokok-pokok bunga. Manusia boleh sakit kerana air kotor itu, tapi air yang kotor itu masih boleh menyebabkan bunga boleh berkembang. 

Yusof walaupun tahu Bija saingan terhebat, tapi dia tak mahu Bija menjadi musuhnya tatkala Yusof menjadi raja nanti. Yusof tahu bila ia dipilih Bija akan kurang senang hati, tapi dia tetap tidak mahu Bija menjadi musuhnya kerana dia tahu kelebihan yang ada pada Bija. Tapi Bija lain, Bija dah anggap Yusof sebagai musuh sejak dari mula. Itu perbezaannya,” terang Raja Kamal.

Dapat pengajaran tersirat?


Wednesday, March 13, 2013

...SHADOWING HOUSEMAN...



…Bismillahirrahmanirrahim…


Alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi kesempatan dan peluang untuk menziarahi pesakit-pesakit di ward QEH1. Banyak perkara yang dipelajari di wad hari ini: transverse myelitis, Parkinson disease, atrial fibrillation, ECG, uncontrolled diabetes mellitus, cerebral vascular accident, SLE, haemolytic anemia, Southeast asia ovalocytosis dan macam-macam lagi. Sungguh ilmu Allah itu sangat luas! Subhanallah!




Katakanlah: "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula). (al-Kahfi,18:109)


Sebenarnya, hari ni ada sesuatu yang berlaku yang mengetuk pintu imanku! Tatkala diri ini sedang ‘clerk’ case daripada pesakit dan case note sesudah zohor, tiba-tiba, ternampak seorang lelaki berumur 50-an, berpakai t-shirt kemas, sopan, dan berbangsa cina atau mungkin sino, sambil memegang buku dan pen.


Terkesima diri ini tatkala melihat apa yang dilakukan oleh lelaki ini. Rupanya dia sedang mendoakan pesakit-pesakit kristian di wad, agar cepat sembuh, dan agar kembali kuat dan yakin dengan Jesus! mendengar ucapan daripada bibir lelaki ini: ‘…may God bless you..etc2’…


Wahai teman-teman seperjuanganku yang ku sayangi kerana Allah, sesungguhnya aku bukanlah orang yang layak untuk menyeru kepada kebaikan, kerana aku juga bukanlah sempurna, tetapi ingatlah seperti mana yang disebut dalam kalamullah :


‘Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik’. [ali-Imran : 110]



Maka, mari kita azamkan dalam diri dan niat untuk beramal, berdakwah dan menziarahi pesakit-pesakit di ward mulai hari ini. Dalam silibus medic tidak ditekankan ‘spiritual therapy’, dimana kita wajib solat, berdoa, dan minta pada Sang Pencipta yang Maha Menyembuhkan segala penyakit, tatkala susah atau senang, sihat mahupun sakit. Serulah para pesakit kalian tentang solat, dengan cara yang berhikmah. Solat tiang agama. Ingatlah wahai teman, tugas kita bukan hanya merawat, tetapi saling ingat mengingati antara satu sama lain.



'Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran' (al-Asr, 103 : 2-3).

Wallahu a’lam.


Tuesday, March 12, 2013

RAHSIA SURAH AL-KAUTHAR


...Bismillahirrahmanirrahim...




Al-Kauthar. Surah ini adalah yang terpendek, kerana hanya mengandungi 3 ayat. Diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi



Saturday, February 9, 2013

...10 LESSONS LEARN FROM EINSTEIN...


...BISMILLAHIRRAHMINIRRAHIM...




1.     Follow Your Curiosity 
2.     “I have no special talent. I am only passionately curious.”

2. Perseverance is Priceless 
“It’s not that I’m so smart; it’s just that I stay with problems longer.”

3. Focus on the Present 
“Any man who can drive safely while kissing a pretty girl is simply not giving the kiss the attention it deserves.”

4. The Imagination is Powerful 
“Imagination is everything. It is the preview of life’s coming attractions. Imagination is more important than knowledge.”

5. Make Mistakes 
“A person who never made a mistake never tried anything new.”

6. Live in the Moment 
“I never think of the future – it comes soon enough.”

7. Create Value 
“Strive not to be a success, but rather to be of value.”

8. Don’t be repetitive 
“Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results.”

9. Knowledge Comes From Experience 
“Information is not knowledge. The only source of knowledge is experience.”
10. Learn the Rules and Then Play Better 
“You have to learn the rules of the game. And then you have to play better than anyone else.”


Source: Dumb little man

Friday, February 8, 2013

...STRIVE 4 MARDHATILLAH...




...DIFFICULTIES...


....Bismillahirrahmanirrahim...


... I ask for strength, and Allah gave me difficulties to make me strong...

...I ask for wisdom, and Allah gave me problems to solve...

...I ask for courage and Allah gave obstacles to overcome...

...I ask for love and Allah gave me troubled people to help...

...I ask Allah for favours and Allah gave me oppurtunities...

...I received nothing I wanted, but I received everything I needed...

Alhamdulillah, praised be to Allah, Thank you Allah, my Lord.