Friday, May 9, 2014

...ADAB-ADAB TIDUR...

... Bismillahirrahmanirrahim ...  

InsyaAllah kali ini saya akan berkongsi tentang adab-adab tidur yang baru sahaja dipelajari dan diulang kaji dalam slot fardhu ain pada cuti semester kali ini. Disebabkan semua manusia akan tidur (of course,sebab kita ni bukan robot), robot atau handphone pun kene charge juga kan, maka mari kita praktikkan sunnah Nabi Muhammad SAW, dalam tidur sehari-harian kita, insyaAllah.

Selain menhindarkan diri dari mimpi yang tidak baik, dapat juga pahala sunnah insyaAllah. Dan semoga Nabi Muhammad SAW mengaku diri ini sebagai ummatnya di akhirat kelak, kerana mengamalkan sunnah2 Baginda SAW. Amin.

Adab-adab tidur:

1. Ambil wudhuk

2. Solat sunat witir, 1 rakaat.

3. Kebas tempat tidur kita dengan membaca Basmalah.

4. Baca al-Fatihah (1x), ayatul Kursi (1x), Surah 3Kul, yakni surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Naas (3x), dan dihembuskan bacaan ke dua-dua belah tapak tangan, serta disapukan ke seluruh badan yang boleh dicapai.

5. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad Saw (bilangan- ikut kemampuan anda).

6. Baca doa tidur. (bismikallah humma ahya wa amut).

7. Istigfar 

8. Zikir fatimah ( subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar -33x setiap satu).


Selain itu, kita juga boleh niat untuk bangun awal untuk bertahajud, sahur, dan solat subuh. Niat jugalah untuk maafkan setiap orang yang pernah melakukan kesalahan pada kita. 

 Selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment