Saturday, August 23, 2014

RESIPI 2 : APAM BERAS :)

Bahan-bahan:
(anggaran untuk 5 orang)



* 2 cwn nasi

* 2 cwn tepung gandum
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn brown sugar
* 3/4 cwn gula
* 2  1/2 cwn air
* 1 sudu kecil yis (mauripan)
* kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara:


1. Blend nasi dan air sehingga hancur.
2. Setelah hancur, campur brown sugar & gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Kemudian masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Masukkan dlm acuan kecil & kukus selama 15 minit.
7. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam. Siap :) 






J Selamat Mencuba J

RESIPI 1 : APAM POLKA DOT :)



Bahan-bahan untuk masak apam polkadot 
( 50 biji papercup medium )


 * 3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
* 275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
* 220 gm gula halus (1 cawan)
* 150 ml susu segar/ susu cair (3/4 cawan)
* 3 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil ovalette *
* 1 sudu kecil esen vanilla
* filling: jem blueberry/ strawberry 

** ( Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek ). 





Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Campur bahan-bahan lain: masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.


 * Selamat Mencuba *