Wednesday, May 23, 2012

PLEASE BE 'ATTENTIVE' !!!


....Bismillahirrahmanirrahim...

    Satu kisah yang menarik yang perlu dikongsikan bersama pembaca blog ini, terutamanya mereka yang masih menuntut ilmu :)
     
        Alkisah, suatu petang di bilik forensic Hospital Queen Elizabeth, terdapat sekumpulan pelajar perubatan tahun 4 dari Universiti Malaysia Sabah sedang berkumpul untuk melihat pensyarah mereka pengajar dan melakukan pemeriksaan forensik ke atas satu mayat. Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan. 




“Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor”, kata pensyarah itu.

“Pertama: kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat”, katanya. Sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

“Sekarang, cuba kamu buat”, kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata: 

“Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi, saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk...’’



Pengajaran daripada kisah ringkas ini :
   
     1) Sila berikan perhatian yang sepenuhnya di dalam kelas, ketika             belajar, ketika bekerja dan sebagainya. Praktikkan ilmu fokus/ khusyuk yang diamalkan didalam solat.

     2) Mesti berani mencuba (perkara yang baik dan bermanfaat).
  
     3) Jangan tidur dalam kelas (will try to improve myself towards this    final MD year, insyaAllah).


No comments:

Post a Comment