…Bismillahirrahmanirrahim...
Pada suatu hari Rasulullah SAW, dengan
sahabat-sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a.,
dan 'Ali r.a. bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina
Fathimah r.ha.puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang
diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan,
sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.Baginda Rasulullah SAW kemudian
meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga
benda
tersebut iaitu Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut.
ni gambar hiasan je! =)
Abu Bakar r.a. berkata:
"iman itu lebih cantik dari mangkuk
yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan
mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".
Umar r.a. berkata:
"kerajaan itu lebih cantik dari
mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah
dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Uthman r.a. berkata:
"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk
yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan
ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai
rambut".
Ali r.a. berkata,
"tamu itu lebih cantik dari mangkuk
yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu
senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti
sehelai rambut".
Fatimah r.ha.berkata,
"seorang wanita itu lebih cantik dari
sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu,
dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali
muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Rasulullah SAW berkata,
"seorang yang mendapat taufiq untuk
beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal
yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah
lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Malaikat Jibril AS berkata,
"menegakkan pilar-pilar agama itu
lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan
waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama
sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Allah SWT berfirman,
" Syurga-Ku itu lebih cantik dari
mangkuk yang cantik itu, nikmat, syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan
menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Panjang-panjangkanlah kisah ini moga-moga
ada imbalan dan pengajarannya.Insya-Allah =)
No comments:
Post a Comment