...Bismillahirrahmanirrahim...
Sebuah tajuk yang
ku jumpai di sebuah laman web: tarbawi.net. Menerusi pembacaan artikel ini
jugalah ku sampaikan sebuah tazkirah dalam slot usrah bersama akhwat2 dan
sahabat2, Alhamdulillah. Sedikit perkongsian ku curahkan di blog ini, agar
boleh menjadi rujukan buat diri dan para pembaca, insyaAllah.
Hidup ini semestinya menuntut mujahadah yang berterusan. Seusai
bangun pagi menolak kenimatan tidur, sehinggalah keteguhan mendirikan Islam
dalam diri setiap insan. Allah memberikan amanah mengikut kesanggupan hamba-Nya.
Di saat hati sedang kabur, lemah dan gelisah, carilah hikmah apapun yang
ditenun di dalam lembar Al Quran. Rupa-rupanya kisah Nabi Yunus A.S yang jarang
dijadikan bahan sebutan, menjadi iktibar dan pengajaran buat da’ie-da’ie
sekalian J
Nabi Yunus menyeru
pada kaumnya,
Sembahlah Allah
Yang Maha Esa,
Tinggallah berhala
yang tidak bernyawa,
Jauhi perbuatan
yang sia-sia.
Seruan Nabi tidak diterima,
Nabi diejek dan
Nabi dihina,
Baginda tidak
berputus asa,
Walau dicaci walau
dihina.
Akhirnya Nabi
merasa hampa,
Umatnya masih
menderhaka,
Lalu dia pergi
membawa hati,
Ke tepi pantai
seorang diri.
Kapal pedagang Baginda menumpang,
Membawa diri ke
rantau orang,
Malangnya laut
bergelombang,
Hampir karam
ditengah lautan.
Bila diundi Nabi merelakan,
Terjun ke laut
penuh bergelora,
Baginda ditelan ke
perut Ikan Nun,
Gelap gelita tidak
terkira.
Sedarlah Baginda akan silapnya,
Ditarbiyyah Allah
sebegitu rupa,
Menangislah Nabi
penuh duka,
Memohon Ampun dari Tuhannya.
(ali-Imran:139)
Inilah Dai’e
Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang
Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan diri.Tabah dan sabar
dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana setiap langkah
di atas jalan ini adalah kejayaan, dalam mencari redha Tuhan.
Doa Nabi Yunus semasa
terperangkap di dalam perut Ikan Nun:
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
‘...Tidak ada Tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sungguh, aku
termasuk orang-orang yang zalim’ (Surah Anbiya’ :87)