...Bismillahirrahmanirrahim...
1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
'Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya'
(HR Abu Daud)
2.Apabila
berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa
pengetahuannya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
'Setiap
hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan
malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)
3.Sentiasa
bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Janganlah kamu meremehkan kebajikan
sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)
4.Segera
bersalaman ketika bertemu dengan temannya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap dua orang Islam yang berjumpa
dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah'
(HR Abu Daud)
5.Amalan
ziarah-menziarahi.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu menziarahi sesekali
nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu'
6.Memberi
Hadiah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu saling memberi hadiah
nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)
Gambar jari-jemari sahabat-sahabat & food sempena ulang tahun kelahiran saya yg ke-21 di Sandakan! Jazakillahu khairn kasira, semoga ukhwah kita kekal hingga ke syurga.amin. love u all lillah! <3 b="b">3>
7.Membantu
sahabat-sahabatnya dalam kesusahan.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
'Orang
yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang
beriktikaf selama 2 bulan'
(HR Hakim)
Sumber:Ukhuwah Islamiah (Dr Abdullah Nasir Ulwan)




No comments:
Post a Comment