Wednesday, August 8, 2012

JANGAN MERAJUK WAHAI DA'IE


...Bismillahirrahmanirrahim...

Sebuah tajuk yang ku jumpai di sebuah laman web: tarbawi.net. Menerusi pembacaan artikel ini jugalah ku sampaikan sebuah tazkirah dalam slot usrah bersama akhwat2 dan sahabat2, Alhamdulillah. Sedikit perkongsian ku curahkan di blog ini, agar boleh menjadi rujukan buat diri dan para pembaca, insyaAllah.

 Hidup ini semestinya menuntut mujahadah yang berterusan. Seusai bangun pagi menolak kenimatan tidur, sehinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Allah memberikan amanah mengikut kesanggupan hamba-Nya. Di saat hati sedang kabur, lemah dan gelisah, carilah hikmah apapun yang ditenun di dalam lembar Al Quran. Rupa-rupanya kisah Nabi Yunus A.S yang jarang dijadikan bahan sebutan, menjadi iktibar dan pengajaran buat da’ie-da’ie sekalian J




Nabi Yunus menyeru pada kaumnya,
Sembahlah Allah Yang Maha Esa,
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa,
Jauhi perbuatan yang sia-sia.

Seruan Nabi tidak diterima,
Nabi diejek dan Nabi dihina,
Baginda tidak berputus asa,
Walau dicaci walau dihina.

Akhirnya Nabi merasa hampa,
Umatnya masih menderhaka,
Lalu dia pergi membawa hati,
Ke tepi pantai seorang diri.

Kapal pedagang Baginda menumpang,
Membawa diri ke rantau orang,
Malangnya laut bergelombang,
Hampir karam ditengah lautan.

Bila diundi Nabi merelakan,
Terjun ke laut penuh bergelora,
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun,
Gelap gelita tidak terkira.

Sedarlah Baginda akan silapnya,
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa,
Menangislah Nabi penuh duka,
Memohon Ampun dari Tuhannya.



 (ali-Imran:139)

Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan diri.Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana setiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan, dalam mencari redha Tuhan.

Doa Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun:
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ 
‘...Tidak ada Tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim’ (Surah Anbiya’ :87)







No comments:

Post a Comment