Sunday, August 26, 2012

KISAH SEORANG LELAKI TUA



...Bismillahirrahmanirrahim...


Alkisah, ada seorang lelaki tua yang kerjanya menjual ulam-ulaman dan sayuran di pekan berdekatan kampung halamannya. Lelaki yang mencecah umur 80-an ini setiap pagi, sesudah Subuh, akan mengayuh basikal usangnya, ke pekan, dalam perjalanan kira-kira 15km. Sayuran dan ulam-ulaman itu ditanam di belakang rumahnya sendiri. Inilah pekerjaanya, mencari rezeki yang halal, meneruskan sisa-sisa hidupnya saban hari.

Setiap hari, sesudah berjual, dia akan singgah dahulu ke masjid di pekan itu, untuk solat Zuhur, sebelum pulang ke rumah. Selepas berdoa dan berwirid, lelaki itu akan membersihkan dedaun yang berselerak di halaman masjid. Perbuatanya ini dilakukannya setiap hari selepas solat Zuhur, sejak beberapa bulan lalu. Setelah selesai dedaun itu dibersihkan barulah beliau pulang ke rumahnya.


Para jemaah dan jawatankuasa masjid kasihan melihat keadaan lelaki tua itu. Lalu, mereka mengambil inisiatif mengupah seorang pekerja muda bagi membersihkan dedaun itu setiap pagi, dengan niat membantu lelaki tua agar tidak perlu bersusah payah membersihkan halaman masjid lagi.

Tidak disangka-sangka, rupanya, niat baik mereka telah membuatkan lelaki tua itu menangis dan kesedihan. Dia bermohon kepada AJK masjid supaya terus diberi kesempatan membersihkan halaman masjid seperti sediakala, kerana itu sahajalah sumbangan yang mampu lakukannya, untuk masjid tersebut. Akhirnya, pihak masjid terpaksa membiarkan situasi berjalan seperti biasa supaya lelaki tua itu tidak kesedihan.

Suatu hari, seusai solat sunat selepas Zohor, lelaki tua itu pun terus menyapu dedaunan seperti sediakala, dan datanglah imam masjid itu kepadanya, lalu bertanya, mengapa dia melakukan hal ini. Lelaki tua itu pun menjawab:


Saya ini orang bodoh, tuan. Saya tahu amal saya ini kecil sahaja. Saya tidak mungkin selamat pada hari kiamat, tanpa syafa’at Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Maka, setiap kali saya menyapu sehelai daun, saya ucapkan satu selawat kepada Baginda Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Agar bila mati nanti, saya ingin Rasulullah menjemput saya. Biarlah dedaun ini menjadi saksi bahawa saya telah membacakan selawat kepada junjungan Nabi sollallahu `alaihi wasallam”, kata lelaki tua itu dengan hiba.


Air matanya mengalir membasahi pipinya yang berkedut itu. Pak imam itu turut merasa sebak, terharu. Allahu akbar!

...............................................................................


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيما

'' Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi, dan ucapkanlah salam penuh penghormatan kepadanya'' (surah al-Ahzab 33: 56).


 ''Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu, buat kamu adalah teladan yang paling baik bagi orang yang mengharap rahmat Allah & kedatangan hari kiamat & yang banyak mengingat Allah SWT'' (Surah al-Ahzab, 33:21)


Ibrah dan pengajaran dari cerpen ringkas ini:

1.     Reflect diri, tanya pada hati, apa yang telah diri ini sumbangkan untuk Islam? Adakah pekerjaan dan amalan seharian kita menuju redha Allah SWT? Dan adakah kita melaksanakan tugas kita sebagai khalifah, menegakkan syiar Islam di dalam diri, keluarga dan di bumi Allah ini?

2.     Cari perbuatan/perkara yang dapat ingatkan kita kepada rasullulah SAW. Yang terbaik adalah dengan mengamalkan sunnah Baginda SAW. Jom cari 1 titik permulaan yang selalu kita buat, yang boleh mengingatkan diri agar berselawat kepada Baginda SAW. Misalnya, terjumpa air dan nak minum, baca basmalah dan selawat dulu, baru minum J atau bila sms masuk/ dpt call, ringtone berbunyi selawat. Satu langkah awal yang praktikal, untuk terapkan nilai berselawat ke atas nabi SAW.

3.     Buatlah kebajikan, walau di mana anda berada J ‘Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang berbuat makruh dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung’. (ali-Imran, 3:104)

4.     Dan lain-lain yang sesuai. Wallahua’lam J


Sunday, August 12, 2012

AL-ANKABUT, 29.



...Bismillahirrahmairrahim...

Surah yang ke 29 dalam al-Quran,yakni surah al-Ankabut yang bermaksud labah-labah. Daripada 69 ayat yang terkandung dalam surah ini, hanya ada 1 ayat yang menyebut tentang labah-labah di dalamnya, yakni ayat yang ke 41, yang bermaksud:

'' Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah (untuk menjadi tempat perlindungannya). Dan sesungguhnya, rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui. '' (al-Ankabut:41)
  




            Walau bagaimanapun, intipati surah ini terdapat banyak kisah-kisah menarik para anbiya’ yang Allah sertakan supaya kita ambil ibrah dan pengajaran daripadanya. Bermula dengan hikmah ujian kehidupan itu sendiri, kewajipan berbuat baik pada ibu-bapa, kisah nabi Nuh AS yang berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun, kisah Nabi Ibrahim AS dan kaumnya yang menyembah berhala, Kisah Nabi Luth, dan kaumnya, penduduk kota Sodom yang homoseksual, kisah Nabi Musa AS, Nabi Syu’aib AS dan penduduk kota Madyan, Kaum A’ad dan Samud, Nabi Muhammad SAW, dan sebagainya.

Dalam surah ni, basically Allah nak bagitau kita yang kita ni memang tiada kuasa, dan jangan kufur ingkar macam kaum-kaum Nabi yang terdahulu. Anytime je Allah boleh hancurkan umat-umat terdahulu lantaran kekafiran mereka. Ni semua sejarah yang pernah berlaku, supaya kita ambil iktibar dan tidak mengulanginya lagi. Hanya kepada Allah lah kita sembah dan hanya pada-Nya kita memohon pertolongan.

            Sometimes I do think that the education system in Malaysia need to be change, not all, but slightly, or slowly. Not to be too exam oriented (like whom I was previously). Change to a system that is to apply knowledge you learn in life. Ilmu yang bermanfaat juga adalah saham kubur kita juga kan. Not just to regurgitate what you memorize on paper, and get straight A’s! Sangat berharap agar surah-surah dalam al-Quran ni dapat di kaji, sejak di bangku sekolah lagi. Bukan saja baca dan hafal, tapi dapat faham dan belajar asbabul nuzul (sebab ayat itu diturunkan), tafsiran ayat, ibrah dan pengajaran daripadanya dan sebagainya. Maka, tak mustahil, ummat islam akan jadi ummat yang maju dan berjaya (fi dunia wal akhirat) jika acuannya adalah daripada Kalamullah, mukjizat al-Quran itu sendiri. Allahu’alam.



 Hi, I’m Mr Tarantula, a species of spider, from class of arachnoid. I’m poisonous and cute!! :) 

Wednesday, August 8, 2012

7 CARA BERSAHABAT KERANA ALLAH

...Bismillahirrahmanirrahim...


1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya. 
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 
'Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya'
(HR Abu Daud)




2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 
'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)

3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)



4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah'
(HR Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahi.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu'

6.Memberi Hadiah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)



Gambar jari-jemari sahabat-sahabat & food sempena ulang tahun kelahiran saya yg ke-21 di Sandakan! Jazakillahu khairn kasira, semoga ukhwah kita kekal hingga ke syurga.amin. love u all lillah! <3 b="b">



7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 
'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan'
(HR Hakim)




Sumber:Ukhuwah Islamiah (Dr Abdullah Nasir Ulwan)





JANGAN MERAJUK WAHAI DA'IE


...Bismillahirrahmanirrahim...

Sebuah tajuk yang ku jumpai di sebuah laman web: tarbawi.net. Menerusi pembacaan artikel ini jugalah ku sampaikan sebuah tazkirah dalam slot usrah bersama akhwat2 dan sahabat2, Alhamdulillah. Sedikit perkongsian ku curahkan di blog ini, agar boleh menjadi rujukan buat diri dan para pembaca, insyaAllah.

 Hidup ini semestinya menuntut mujahadah yang berterusan. Seusai bangun pagi menolak kenimatan tidur, sehinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Allah memberikan amanah mengikut kesanggupan hamba-Nya. Di saat hati sedang kabur, lemah dan gelisah, carilah hikmah apapun yang ditenun di dalam lembar Al Quran. Rupa-rupanya kisah Nabi Yunus A.S yang jarang dijadikan bahan sebutan, menjadi iktibar dan pengajaran buat da’ie-da’ie sekalian J




Nabi Yunus menyeru pada kaumnya,
Sembahlah Allah Yang Maha Esa,
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa,
Jauhi perbuatan yang sia-sia.

Seruan Nabi tidak diterima,
Nabi diejek dan Nabi dihina,
Baginda tidak berputus asa,
Walau dicaci walau dihina.

Akhirnya Nabi merasa hampa,
Umatnya masih menderhaka,
Lalu dia pergi membawa hati,
Ke tepi pantai seorang diri.

Kapal pedagang Baginda menumpang,
Membawa diri ke rantau orang,
Malangnya laut bergelombang,
Hampir karam ditengah lautan.

Bila diundi Nabi merelakan,
Terjun ke laut penuh bergelora,
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun,
Gelap gelita tidak terkira.

Sedarlah Baginda akan silapnya,
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa,
Menangislah Nabi penuh duka,
Memohon Ampun dari Tuhannya.



 (ali-Imran:139)

Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan diri.Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana setiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan, dalam mencari redha Tuhan.

Doa Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun:
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ 
‘...Tidak ada Tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim’ (Surah Anbiya’ :87)